JUMAAT dulu

haaaaaa!!!!!! Nak tahu kenapa? Ini disebabkan pabila hari Jumaat, masa kerja pendek, lunch hour bermula dari jam 12.15 tgh dan apa yang pasti aku dan kawan aku (cujen the lejen) akan sentiasa dipenuhi dengan planning yang serbaneka. Duduk opis?????? Eeeeuwwwww...definitely not me, ok. Paling lambat pun kami akan keluar jam 11.30 (ko ingat ni opis arnab ko???)pendek kata, ada je aktiviti sihat yang akan kami buat. Kalaulah alamanda tu ada sediakan anugerah pelanggan setia (tak kira hari gaji ke tak)aku sangatlah yakin, kami berdua orang pertama yang akan dinobatkan. Sekaligus menyandang pangkat dato linda & dato cujen, best best.....
Bukanlah nak riak nak mengatakan yang kami tak perlukan hari gaji baru nak menyoping, tapi memang itulah kami. Kalau takde duit pun, kami tetapppp akan ke shopping complex jugak untuk “makan tym” dan kadangkala ada sesetengah pekerja kedai kat alamanda tu dahpun mengenali kami (especially kedai kasut kotttt). Hebat kan???? Nasib GM Alamanda tu tak lepak situ, kalau tak nescaya dia pun kenal kami ni ha. Ekekekekekeke.....

Ok, back to citer pada hari Jumaat
Korang jangan tak cayer, bulan Puasa pun kami berdua ni masih gigih lagi gagah pergi bersiar-siar kat alamanda, perghhhh...dugaan tu toksah citerlah. (aku tgk kedai buku pun macam kedai kek yang tersusun).gurllpp..
Paling jauh kami boleh sampai (klu tak halfdaylah, ihii) IOI Puchong, Mines dan JJ Balakong or JJ Equine. Selalunya ada sebab kalau kami mengunjungi tempat-tempat ni : KARAOKE: yer, itulah tujuannya. Bagi men-yumbangkan lagi lagu dan meng-asah bakat kami ini, adalah lebih baik kami pergi melepaskan gian di situ. Sedap tak sedap itu belaaaakaaaang cita.

JUMAAT kini

Bukan tak ada aktiviti , tapi tak kena dengan jiwa aku ni. Nasib baik jugak ada lagi kawan aku (pari-pari di bawah angin) yang kerja berhampiran area aku ni, boleh jugak dia datang dan meng-happeningkan Jumaat aku ni. thanks beb.
Anyway anyhow. Like it or not.
Jumaat dulu dan kini memang tetap berbeza bagi aku. KBAI.
* Sekianterimakasih *
No comments:
Post a Comment
Komen murni murni je yer..muchoo..