Sabtu baru ni (31.3.2012) , tiba-tiba hubby aku ni kena
angin mana entahlah, ajak makan angin kat Melaka, dahlah tak booking mana-mana hotel pun nak main
redah je kannnn. Tapi oleh kerana aku ni memang pantang berjalan, jadi dengan
tenang hati aku menerima jemputan itu. (kihkihkih.)
Bertolak dari rumah
lebih kurang jam 5.30 ptg, sambil melihat keindahan panorama ‘highway’
KL-Melaka, lebih kurang 2 jam sampailah kami ke destinasi yang dituju, hubby
memang awal-awal dah plan nak melepak di area dataran pahlawan, happening lah
konon kan, so kami pun bergeraklah (trafik lite, bapak banyak). Hotel yang
menjadi sasaran adalah, Equatorial Hotel.
Sampai je di lobi
hotel, terus je ke receptionist yang
cun-cun disitu. Nasib menyebelahi kerana masih ada bilik yang kosong, bla Bla bla,
ok dapat 2 bilik, TETAPI atas nama promotion
apa nth, excluding breakfast!!! What???? Dahlah harga bilik RM330++ X 2
, boleh pulak takde bekpes kan??? Iskkk, nak marah pun memang realiti tetap reality.
Dek kerana malas dah nak pergi berhijrah cari hotel lain, hubby pun kata, ok
jelah. Well well...( aku mmg x suka kalau pepagi xde buffet bekpes) macam
memahami, hubby pun bayarkan juga 3 kepala untuk bekpes keesokkannya. (Yeay yeay...tqqq
abang, anda sungguh memahami..ihiiii...)
Check check...yesss,
bilik air ada bathub, itu adalah
kemestian kalau aku check-in (apa aku
nak buat dlm bathub tu adalah
rahsiaaa....uhuuu). Overall, bilik
ok, memuaskan (oleh kerana aku walk-in, jadi salah satu bilik tu, cuma 2 single
bed, n of coz aku bagi bilik ni kat mak aku je). Bilik sebelah-
sebelah yang membezakan cuma size katil jelah. Yang lain sumer ok, sofa, mini
bar, LCD tv, ironing set, mineral water dan 3 in 1 drinks. Oklah kan???
Malam tu jugak kan,
aku pergi meronggeng kat area-area dataran pahlawan. Masuk shopping complex,
perghhhhhhhhh!!!!!, kasut banyakkk nyerrrrr tapi sayang sumer kedai-kedai dah
nak tutup sebab jam dah menghampiri 10 mlm. Uwaaaaaaaaaaaa.......(esok
konpom-konpom aku pergi ke lain pulak). Yang pasti akan ku cari masa yang
memang sesuai untuk aku pergi semula ke Melaka ni. PASTI!!!!
Setelah menjamu
selera di US Pizza, (pes time aku makan kat sini), sedikit info: pizza nyer
besar sungguh dan nyummy sangat. Air yang dinamaka American drinks rupanya
teh-o-ais je, aku ingatkan air apalah..hmmm....nama wajib gempak. Apapun, 4 bintang untuk restoran ni.
Beca-beca kat Melaka
ni, memang orang sedia maklumlah kan, kalah kereta berhias, dengan lampu yang
penuh kat body beca tu; lagu yang dipasang berdentan-dentum kalah KL drift,
ihiiiii. Tapi, pembawak beca tu bukan lagi dikalangan orang-orang tua macam
dulu-dulu, sekarang ni sumernya muda-muda, part-time
ke full-time derang ni, tak pulak aku
soal siasat. Harga sekitar RM15- RM25 (berbaloilah kot, bukanya ringan-ringan
manusia yang bakal menaiki beca-beca ni nanti) buat nya super-duper size, mau,
terbalik beca tu.
Setelah kaki aku
mula melenguh, mata mula berat dan anak aku mula berbunyi, maka dengan lajunya
aku balik ke hotel. Cuci apa yang patut, bummmmm...sedo-sedo dah pagi.
Hiyakkkkkkkkkkkk......bestnya tidooo, intai kat tingkap, fuiiiyoooo, besar
jugaklah swimming pool, tapi tengok dari atas jelah, belum masanya aku nak
bawak si kecik aku tu, berenang-senang. Sabar yer sayang, nanti mummy beli
pelampong penuh badan baru boleh kita ke kolam.
Selesai makan pagi,
rileks-rileks jap, terus siap-sedia nak check-out, 12.00 tgh. Sebelum balik,
macam biasalah, ronda-ronda kat tempat-tempat yang sepatutnya dan sebelum masuk
high-way, hubby aku cakap, kat MYDIN Ayer keroh ada stall jual dodol yang sedap. Memang aku pernahlah makan dodol tu,
memang sedap pun, tapi tak tau pulak yang dia beli kat area mydin tu. So, kami
pun singgahlah, tapi bila dah singgah, bukan dodol tu je yang aku beli, oleh
kerana MYDIN Ayer Keroh ni besar (ala-ala MYDIN Subang Jaya), jadi banyak pulak
jualan-jualan dan gerai-gerai makanan. Hubby pekena nasi kandar, me n mom
pekena Mee Rebus Johor (perghhh giler sedapppp) memang aku rekomenkan gerai ni
(walaupun pemiliknya tak tau apa-apa), nama stall ni, ANEKA SELERA JOHOR, boleh
tahan ensem jugaklah yang buat mee ni.ihiiiiii...tapi memang sedap. 5 bintang!!
Ini
adalah kemuncak Kisah Cuti aku ni.
Kami masuh highway
lebih kurang jam 4.30 ptg. Perghhh, seperti hubby aku dah maklum yang kalau
lambat sikit masuk highway memang Jem!!, ternyata tepat. Bergerak sikit-sikit
macam siput, bosan memang bosan, nasib baik kereta auto, taklah krem kaki
dibuatnya. Tertido jugaklah aku dibuatnya, cian hubby.
Tiba-tiba, eh? Ada asap
kat enjin, apakah??? Terus bg signal ke kiri, landing baik je betol-betul tepi longkang, ngeri seh, mengikut
perkiraan hubby, radiator panas. So,
takleh pasang air-cond buat sementara
waktu sebab menggangu radiator tu (tul ke apa yg aku citer ni?)alamak ai, nak
mencari hentian seterusnya mau dekat sejam, tapi oleh kerana jem yang teramat
sangat, kami terpaksalah bersabar dalam kepanasan petang. Baru aku tau, betapa
siksanya kalau di tengah kepanasan, air-cond
kereta takde, anak aku pun dah mula buat tanda-tanda awal nak memberontak. Cepatlah-cepatlah......
Apabila, temperature mula naik sikit demi
sedikit, hubby aku terus masuk tol Senawang untuk tengok apa yang patut, nak
dijadikan citer lagi, rupanya tempat aku berhenti tu, tandas pun takde (sebab
bukan nya hentian pun) nyamuk kelaparan banyak lah. Isi air, tambah air dengan
harapan akan pulihlah.
Dah nak hampir ke Maghrib, tiba-tiba datang
sorang lelaki India yang memakai jaket Plus, muka laki aku dah mula cuak (aku
mcm biasalah tak tau apa-apa). Dahlah kawasan tu takde orang, walaupun ada
pejabat tol, tapi aku tak nampak bayang manusia pun. Setelah dia memperkenalkan
diri, barulah aku tau kerja dia memang cari orang tolong orang (bukan free,
ok). Dia pun meng-rekomenkan hubby aku supaya di cabut radiator ni dan dihantar
ke bengkel. Pada mulanya, hubby aku ni macam tak percaya sebab dah banyak
penipuan terjadi kalau dalam hal-hal kat highway ni, tapi apabila dah diyakini
dan diberitahu yang kawasan kami parking ni banyak kejadian samun, bahaya
ditambah dengan kami yang ada anak kecik ni.
Tawakal dan berdoa
jelah, hubby aku pun setuju, takkan dia nak tinggal aku kat situ? Memang takkan
nyalah kan. Aku pun ikut sekali naik kereta mamat plus tu (proton saga keluaran
pertama + ekon pun takde). Tapi dia letakkan aku+mak+anak kat restoran tomyam
area situ dan hubby aku ikut ke bengkel yang dimaksudkan.
Sementara tunggu
hubby siap, sempat jugaklah aku pekena nasi+sup tulang+ayam goring+fresh
orange, mak aku pulak mee hailam+teo-o-ais-limau, anak aku pulak, air tembikai
(separuh disedekahnya kat lantai)lantaklah dia, janji jangan buat perangai.
Lebih kurang dalam 45 minit, hubby aku telifon dan bagitau dah siap. Alhamdullilah...lega
(sementara waktu)
Sekembalinya hubby
aku nak amik aku, aik, bertambah pulak sorang lagi partner mamat plus tadi
(mekanik rupanya). Dipendekkan citer, sampai je tempat parking kete tadi, terus
dipasangnya radiator yang ditukar ganti. Oleh kerana radiator kereta kami tadi
dah rosak teruk, terpaksa digantikan
dengan yang lain dan memandangkan hari dah malam, nak cari yang second-hand, kedai potong pun dah tutup,
maka terpaksalah digantikan dengan yang baru yang berharga RM700 (hubby aku
cakap, kalau nak tunggu esok, nak tidur kat mana? Baru ke barulah) Selesai
pasang, sekali lagi masalah terjadi apabila bahagian ekon kereta (aku tak ingat
apa ke nama menda tu) takleh pakai, cisssssssss, walaupun masalah radiator settle, masalah ekon pulakkkk)
tapi yang penting, dah boleh gerak tanpa ekon (kembali pada zaman kuno ok, tapi
takde kipas kecik dalam kereta kami tu).
RM700 (radiator) +
RM100 untuk servis mamat plus tu = RM800
untuk beberapa jam itu saja.
Yang penting ,alhamdullilah
dan syukur, kami selamat sampai rumah jam 10.30 mlm.
Mamat plus tu ada
citer tentang banyak kes samun, kes kemalangan yang agak ngeri-ngerilah yang
pernah dia bawak pergi hospital sebelum ambulan sampai, sekali aku terpikir,
kerusi yang aku duduk dalam kereta dia tu, adakah pernah......????? malas nak
pikirlah......
Moral
of the story:
Check-up kereta
sebelum ke mana-mana
Pastikan ada membawak
duit yang boleh digunakan kalau terjadi perkara-perkara kecemasan sebegini.
Ini bukan APRIL FOOL tapi APRIL REAL...!!!
~~Apapunakutetapenjoydengancutiawalaprilkuini~~
SUPER X-CITED... |
.NEXT HOLIDAY. |
.JOM MASUK. |
.BERSIAP NAK MERONGGENG. |
.PE YG AKU TENGOK TU EK. |
.CAKKK. |
.MMWAHHH ANAK MUMMY.. |
.kedai mahal. |
WITH NENEK. |
.MY RED SHOE. |
.BOSSSS. |
No comments:
Post a Comment
Komen murni murni je yer..muchoo..