Mr.Tabung

Monday, April 23, 2012

Jalan lagi...

Selamat Hari Isnin semua......

Uikkk..?? naper mata ada yang merah dan bengkak tu?? Ni mesti tak cukup tidur ataupun terlebih tidur. Aku pulak?? Rileks sudaaaa...mood kerja aku lebih kepada mood cuti, nak tahu kenapa? Tunggu jelah entri selepas ni (ada ke yang nak kisah?) huhuhu.

Semalam? Buek apo jang ooo??? As usual , me n family pergi menghabiskan masa terluang di tempat yang doket-doket je iaitu Alamanda, lagipun tujuan aku nak cari baju untuk si kecik aku tu sempena dengan wedding kawan aku this coming Sunday. Nasib baik yang dicari dapat ku temui. Walaupun harga nya boleh tahan meng-injapkan darah dengan lajunya, tapi daddy nya tetap meng-sponsor kan jugak. (mummy belikan stoking jer). Ihiii.

Sebenarnya kalau nak pergi jenjalan ni, memang penatlah kalau ada anak yang umur tengah aktif-aktif ni, tak terkejor mak bapak ni. Orang dah bagi stroller sibuk je nak berjalan, kalau aku lah, best je duk dalam stroller, rileks jer. Isk..isk..bistu nak wat camner, layan kan jelah. Tambah pulak kalau orang sibuk nak memilih baju dia pun sibuk nak main kat celah-celah baju tergantung tu, aku ni takut dia hilang, dahlah sekarang ni musim budak-budak hilang. Nauzubillah.

Kesimpulanya, barang aku tak terbeli-beli lagik, tunggu jelah time aku bershopping bersendirian ala-ala orang bujang. Yihaaaaa.... !!

Sedikit ifo ; Parkson sedang menjalankan aktiviti Grand Sale al-maklumlah gaji tak berapa hari lagi dan ditambah dengan kenaikan-kenaikan dan tunggakan yang lumayan bakal diperolehi jadi inilah peluang untuk menggaburi mata-mata rakyat jelata (termasuk aku). Shopping shopping jugak yer, bil-bil sila bayar dulu kalau tak nahas nanti.hihihi.

Oleh kerana aku kelam-kabut dgn budak kecik ni, gambar pun tak sempat aku nak ‘menangkap’, sikit-sikit je untuk tatapan. Ini jelah hasil nya;







.ORANG NK TUKARKN BAJU DIA, BOLEH PLAK BERPOSING KAN.



.SEMPAT LAGIK DGN POTATO CHIP DIA.


.SAMPAI PUN ALAMANDA.




.DRIVER TETAP NIA.


.SEMENTARA MAKANAN SAMPAI.




.BOWWWWRINGGG.


.BODYGUARD.


.DADDY DGN BAJU PEBERET YG SIK NAK PAKAI JE.


.NASIB PHOTOGRAPHER MCMNI JELAH.


.................................................................

1 comment:

  1. aiiikkk.....cantik plastik bakul sampah jenama "speed 99" shopping kat situ murah kan!

    ReplyDelete

Komen murni murni je yer..muchoo..