MOMOK??
Jangan silap eja
kan jadi tomok pulak, sia-sia je aku kena saman.
Tiba-tiba harini
pulak aku teringat satu kisah yang di ceritakan oleh ‘mamat plus’ (entry ; april
trip) tempoh hari. Memandangkan kerja dia memang ke hulu dan ke hilir atas jalanraya
je sepanjang hari, memang banyak perkara dan pengalaman pelik yang dia lalui.
Tapi nak buat macamana, dah itu cara dia cari rezeki.
Dari pemerhatian
aku mamat plus yang berketurunan India ni memang agak friendly and talkative. Tak sempat aku bertanya, bermacam-macam
cerita dia bongkarkan, bermula dari kisah orang eksiden maut, samun, cedera
parah dan yang paling menyentuh dan menarik perhatian aku adalah kisah mengenai
pasangan warga emas yang kemalangan semasa menunggang motosikal.
Aku tak berapa
ingat di kilometer berapa tapi memang kejadian tu terjadi kat highway kl - Selatan.
Menurutnya, pada satu hari semasa dia tengah membuat rondaan, dia ternampak
orang ramai telah berkerumun pada sesuatu dan awal-awal lagi dia dah syak ini
mesti kes kemalangan. Seperti yang dijangka, terbaring kaku 2 susuk badan yang
sudah tak bernyawa di tepi jalanraya akibat dirembuh kenderaan lain. Insan
malang itu adalah sepasang suami isteri yang sudah berumur yang menunggang
motosikal.
Mamat plus ni
mengatakan dia agak terkilan kerana orang ramai hanya sekadar berkerumun dan
ada yang mengambil gambar menggunakan handphone
seolah-olah ada artis pulak kat situ. Dia tanpa berlengah terus mencari
suratkhabar untuk menutup wajah kedua-dua mayat tersebut sementara menunggu
kedatangan polis. Sekurang-kurangya, menghormatilah sikit insan yang baru
beberapa minit tadi yang masih bernyawa dan kini sudah tidak lagi.
Dipendekkan cerita.
Selang beberapa
hari setelah kejadian tersebut, mamat plus ni menjalankan tugas macam biasa dan
melupakan setiap kejadian yang dilalui. Tiba pada suatu malam, sedang dia
membuat rondaan, dia ternampak dari kejauhan sepasang suami isteri yang
berhenti di tepi jalan seolah-olah menunggu sesuatu. Tanpa memikirkan
apa-apa, mamat plus ni terus memberhentikan kereta untuk bertanyakan masalah.
Mungkin motor mereka kehabisan minyak, atau tayar pancit, jadi bolehlah di
tolongya. Seperti biasa, dia akan bertanyakan terlebih dahulu, apa masalah ni
pakcik makcik? Tengah-tengah malam ni, tempat ni agak sunyi dan berbahaya. Akan
tetapi, pakcik tu hanya bertanya semula kepada mamat ni, kamu tak pernah tengok
ke motor pakcik ni? mamat ni pun menjawap, terlalu banyak dia melihat motor
yang rosak dan dah tentunya dia tak mampu mengingati setiap satunya.
Jadi,
setelah diperiksa, dia dapati motor tersebut pancit dan dengan rela hati, dia
ingin menolong menampal tayar di kedai berhampiran. Belum sempat mamat plus ni
naik kereta, sekali lagi, pakcik ni bertanya, kamu memang tak pernah tengok ke
motor pakcik ni? Hanya menggeleng kepala, mamat plus ni agak kehairanan tapi
dibiarkan je. Dalam hati tertanya-tanya jugak, mungkin pakcik ni pernah
terserempak dengan aku kottt.... Tak
sampai 2 minit masuk dalam kereta dan apabila melihat cermin pandang belakang,
alangkah terkejutnya apabila mendapati pakcik makcik yang ingin ditolongya tadi
dah takde.
Cuba dicarinya
sekeliling, mana mungkin boleh hilang sekelip mata sedangkan tayar motornya
tadi memang pancit, setelah diperhatikan betul-betul, barulah dia teringat ,
tempat yang dia sedang berdiri itu adalah tempat kejadian kemalangan yang
melibatkan pasangan warga emas tempoh hari. Apa lagi, terus memecut kereta dan
balik rumah. Malangya, oleh kerana terkejut dan ketakutan, mamat plus ni demam
berhari-hari, pergi klinik pun masih tak baik-baik juga dan barulah dia pergi
berjuma ‘datuk’ (bomoh).
Menurut ‘datuk’
tersebut, roh si mati ingin berjumpa kembali dengan mamat ni sebagai tanda
mengucapkan terima kasih atas keperihatinan mamat ni menutup jenazah mereka
semasa kemalangan. Roh ini tak berniat jahat pun sebenarya dan mungkin ingin
menolong mamat ni. Tolong dalam cara
apa??????? Ingat tak lagi, soalan yang diajukan beberapa kali oleh ‘pakcik’
tersebut???? Yerrrrrrrrr.......kalau mamat ni pergi membeli nombor plat motor ‘pakcik’
tu dan digunakan untuk “nombor ramalan”
nescaya beliau sudah kaya raya. Akan tetapi oleh kerana demam, mamat ni tak
dapat pergi.
Demikian, cerita
yang aku perolehi dari mamat plus tempoh hari. Benar atau tidak tak dapetlah
aku nak mengesahkan.
Sesungguhya tiada yang lebih
berkuasa dari Allah SWT.
momokmomokmomokmomokmomokmomokmomokmomok
No comments:
Post a Comment
Komen murni murni je yer..muchoo..