Mr.Tabung

Tuesday, March 27, 2012

Isk isk isk...

Adoiyaiii....

Entry kali ni adalah sekadar bercakap berdasarkan pengalaman. Setiap manusia mempunyai sikap tersendiri. Ada yang menyenangkan, ada yang mengharu birukan dan ada yang memiliki kedua-duanya sekali. Kisah dan ragam kali ni akan mengisarkan tentang BERKIRA. Atau bahasa yang lebih formal, kedekut tak kena pada gaya.

Dalam pergaulan dengan rakan-rakan kadang-kadang secara tak langsung kita terguna duit kawan kita tu atau kawan kita terguna duit kita ke. Tapi takkan kita siap nak list kan walaupun RM 0.20 ?? Mestilah kita halalkan je, nama lagi kawan kan? Tapi kalau terang-terangan memang memerlukan kita bayar semula, contohnya waktu makan. Kalau dah rasa takut terguna duit kita, adalah lebih baik rancangkan je ke tempat yang “bayar sendiri-sendiri” , mcm mcd, kfc, burger king dan etc. So, dengan cara ini tak perlulah nak susah-susah nak kira depan waiter masa dpt resit (malu beb). Yang tak tahan tu, siap boleh terfikir nak tolak hutang lama (masa tu jgk). Apakah???? Ko dah ajak orang makan kat tempat macamtu, tak perlu lah kot nak buat perangai hina macam tu. Bab hutang lama ko, ko ingat tapi hutang ko, boleh pulak buat-buat lupa ingatan. Bayar dulu ikut kepatutan, nanti baru list kan hutang lama tu, barulah persahabatan tak terjejas dek rasa ketidakpuashatian.

Yer, aku faham, hutang kene bayor, tapi sebelum nak membuat perkiraan tentang hutang piutang, pastikan nama kau tu bersih dan terhindar dari mengguna atau terguna duit member-member ko tu. Kalau tak malulah beb, cakap gegar, gaya diva, fashionista, up-to-date tapi, dalam hati penuh dgn kiraan hutang. Adalah baiknya masa seseorang tu terguna duit ko, 24 jam selepas tu kau terus ingatkan je, takyahlah nak malu-malu atau merancang agenda tersendiri untuk meng-collect kembali duit ko tu.

Alhamdullilah lah, aku punya GFF tak berperangai macamni, kalau memang wajib bayar, direct sound, kalau tak, sesame kami akan saling topup dan meng-topup kembali, barulah hubungan persahabatan berkekalan.

MAKAN MEGI KARI MEMANG PEDAS

ADA SATU KETIKA NANTI, AKAN KU BALAS

2 comments:

  1. aku rasa ko cam ade utang aku la kak..kalau kira2 dekat 5000 nie..dah bley pegi haji..hahahahahhahahahah

    ReplyDelete
  2. ok, dapat dividen bnk rakyat aku bayor....kihkihkih...

    ReplyDelete

Komen murni murni je yer..muchoo..