Mr.Tabung

Monday, February 3, 2014

Baru ke terpakai?

Ekonomi negara semakin meningkat pesat, kos sara hidup dah semakin tinggi tapi gaji aku naik tiap-tiap tahun tapi potongan dalam angkasa tak kurang-kurang (hehehe). Dan yang paling penting, umur pun dah bertengket-tengket. Bila aku nak beli rumah dengan menggunakan loan pinjaman perumahan yang memang disediakan untuk setiap kakitangan kerajaan di negara ni??

Surver dah survey,memang banyak pilihan tapi ikut kesesuaian pendapatan kita lah kan, takkan aku nak beli rumah bunglo semi-d pulak kan?? Bumbung saja dah setengah gaji aku.huhuhu. 

Memula aku dah dapat pilihan muktamad dan dah siap pergi tengok-tengok dah rumah tu iaitu rumah yang dah siap dan diduduki.Ciri-ciri yang boleh aku gambarkan sikit ialah:

-Rumah teres 2 tingkat
-keluasan 22 x 75 kaki persegi
-4 bilik tidur dan 3 bilik air
-dah dilengkapi dengan 4 air-cond
-kabinet dapur
-kawasan kejiranan yang baik
-harga: RM320k

So, bincang punya bincang aku dan asben aku pun setuju untuk buat loan bersama untuk melayakkan memiliki rumah tersebut. Tetapi, bila aku tanya orang yang pakar dalam urusan jual beli dan loan perumahan ni, dia cakap lebih baik dan untung beli rumah baru;sebab;

Rumah Baru; khidmat peguam disediakan sekali; bumiputra dapat diskaun.

Rumah Terpakai; khidmat peguam kene cari sendiri + 10% deposit(320000x10% = RM32k)memang akan ditolak bila dapat loan tu nanti tapi masalahnya mana nak datang RM32k tu????

Lagi satu pulak, rumah yang aku dah pergi survey ni kalau di semak di pejabat penilaian harganya dalam RM280K, tapi owner ni kalau bagi kurang sampai 300K memang aku tak berfikir panjang dah. Tapi tu aku belum berbincang lagi dengan si owner ni (jap lg aku tipon dia lagi).

Antara langkah-langkah yang perlu kita buat semasa nak berjumpa dengan ejen/owner masa nak tengok rumah ialah:

-dapatkan salinan geran supaya nama dalam geran tak berbeza dengan penama yang nak menjual rumah tersebut
-jumlah baki pinjaman (jika belum habis bayar dgn bank)
-dapatkan valuation (nilai hartanah (rumah) di majlis perbandaran
-dapatkan khidmat peguam sendiri

Dah pikir masak-masak? kira kelayakan LAYAK BERAPA ?
Dah kira?? so sila log-in dan daftar di TEKAN
Dah berjaya cipta ID? isilah borang dan dah yakin dengan butiran yang diminta bolehlah proceed ke permohonan TETAPI pastikan segala maklumat yang diperlukan betul dan tepat SEBAB selepas proceed ke step seterusnya maklumat-maklumat tersebut tidak boleh dipinda. DAN;

Seeloknya semasa mengisi borang tersebut pastikan salinan geran rumah tersebut ada bersama supaya senang nak melengkapkan butiran yang diperlukan itu nanti ataupun rujuk kepada yang lebih pakar a.k.a kerani bhg pengurusan (bhg pinjaman perumahan) di Jabatan masing-masing.   
Akhir kata, aku akan update lagi entri aku ni sehinggalah aku berjaya memiliki rumah aku sendiri tak kiralah rumah baru ke terpakai ke, asalkan milik sendiri.

Sekian dahulu...da..da.. 

No comments:

Post a Comment

Komen murni murni je yer..muchoo..