Mr.Tabung

Wednesday, January 29, 2014

Nak ke taknak.

Apa yang nak ke taknak ni makcik oiii?? Tepuk dada tanya selera.ok ok sebelum korang yg tengah membaca ni rasa nak lempang muka aku meh aku bitau apa yg aku duk tengah memikir ni.

Seperti pasangan lain aku pun teringin nk anak ramai;2 org pun cukuplah. Tapi, pengalaman keguguran berkali-kali setiap kali cukup 3-4 bln menyebabkan aku agak ketakutan sikit.

Meh aku buat rumusan sikit tentang pregnancy aku:

9.7.2009- (37 minggu) beberapa jam sblm lahir, baby disahkan lemas dan tidak dapat diselamatkan sbb kekurangan air ketuban tapi stil aku lahirkan secara normal; baby lelaki.

15.8.2010-alhamdullilah,rezeki Allah slps 6 bln sekali lagi aku disahkan mengandung dan lahir baby perempuan 3.7kg secara normal dan skrg dah 3 thn.

Feb 2012- (9 mgu) tapi tidak boleh diteruskan kandungan tu dan terpaksa di operate dan dikeluarkan janin tu sbb luar rahim atau bahasa saintifiknya ectopic (merasa aku cm org kene caesar)

Mac 2013- (12 mgu)Gugur lagi.

Disember 2013 - (16 mgu)gugur lagi (DnC) pergh..ngeri plk sbb bius separuh badan..adoyaiii...nti klu rajin aku wat entri kisah dnc ni.

hmm..penat tau.sampaikan yg gugur baru2 ni aku dah mcm pro tgk darah keluar cm paip bocor..non stop..tapi dah tertulis mcmtu..redha jelah. 

So doktor ckp slps 3 kali period bolehlah klu nk start pregnant semula.

Nak ke taknak ek..

Insyallah...

No comments:

Post a Comment

Komen murni murni je yer..muchoo..