Mr.Tabung

Monday, January 27, 2014

Kad oh kad




Aku ada satu masalah tabiat yang baru aku perasan baru-baru ni iaitu pantang tengok atau dengar mana-mana tempat atau kedai atau yang berkaitan menawarkan kad keahlian @ kad kumpul point atau apa-apa saja kad lah baik yang percuma mahupun berbayar (tak lebih dari RM12). Pasti aku akan termimpi-mimpi nak dapatkan.


Contoh baru-baru ni (walaupun promosi tu dah lama, aku je yg baru perasan), WATSON menawarkan Kad keahlian VIP di mana aku pun dah ada kad tu sebenarnya tapi bukan yang VIP lah, yang biasa je tapi oleh kerana aku rasa aku patut memiliki kad itu yang hanya berbeza dari segi kualiti dan kad vip ni ada touch & go so aku pun beria-ria ajak member opis aku ni pergi ke Watson.


Akhirnya kad VIP Watson tersebut menjadi milik aku dan sedikit info bagi yang pernah ada kad watson biasa kalau nak tukarkan ke kad VIP cuma tambah RM6 (kalau permohonan baru RM18) (pastikan kad biasa tersebut di bawa bersama sbb kad itu akan diambil semula oleh pihak watson)dan korang akan dapat baucer-baucer yang mana aku rasa hanya sekeping dua je yang bakal aku gunakan, baucer yg lain-lain tu buat koleksi jelah kowt.huhu. nak tahu knp?? korang pergilah dapatkan kad tu dulu ok.





Banyak lagilah kalau nak di pamerkan koleksi kad-kad aku yang kenkadang langsung aku tak guna pown. 


ps: dulu kad kredit aku suka, tp skrg...nom nom nom...










2 comments:

  1. Saya wakil dari Bank Rakyat.
    Huahahaahahhaahahahha.

    ReplyDelete
  2. er er er...saya wakil owner blog ni jer..lalalala

    ReplyDelete

Komen murni murni je yer..muchoo..