Mr.Tabung

Wednesday, January 22, 2014

Best Fren Forever??

BFF??

Aku pernah dan ada BESTIE tapi meh aku cerpen kan kisah BFF aku.

Suatu masa dahulu aku ada 2 BFF (gurls), kami sangatlah rapat dan ke mana sahaja kami pergi seboleh-bolehnya nak pergi bersama. Macam-macam yang kami sharekan bersama sehingga yang sangat personel pun kami share bersama. Kami sentiasa ketawa, usik mengusik, hina menghina (hehehe) sesama kami jelah memang menjadi kebiasaan. Pendek kata, kami sangat bahagia bersama.

Tetapi, bila terlalu baik sangat pun tak boleh sangat sebab pasti akan terjadi perkara sebaliknya. Semuanya bermula apabila aku berpindah ke Jabatan lain dan dari situlah bermula nya episod kerenggangan antara kami. Punca yang sehingga kini aku tak tahu dari mana datangnya sehinggakan kami terus membawa haluan sendiri. Puas jugak aku tanya diri sendiri, apa aku aku dah buat pada diorang, sape yang menghasut? apa salah aku? ternyata aku tak dapat jawapan itu.

Hmm..akur dengan kehendak takdir aku melupakan segala saat-saat terindah yang pernah kami lalui bersama. Jalan yang lebih drastik lagi telah aku buat ialah dengan unfren kan kedua-dua bestie aku tu dari facebook lagipun apaguna ber-fren kalau setiap komen aku tak dibalas pun (komen org lain boleh pulak ko balas). Jadi, bawaklah haluan masing-masing.

Tetapi, aku masih ada seorang lagi BFF yang aku rasa memang kami takkan bermusuhan sampai bila-bila (amin) memandangkan kami mempunyai banyak persamaan. Siapakah BFF aku ni?? hehehehe.aku tunggu dia komen nanti.

So ini sahaja CERPEN (ceritapendek) kisah BFF aku.



 

2 comments:

  1. aku letewwwwwww! hihihi..
    mana ko tau aku tak musuh ko..aku ade dendam kesumat ngan ko ni...ahhahahaha..

    takut tak?

    ReplyDelete
  2. Yes..aku da agak ko akn komen!!! Hahahaha..aku x pedulik gn dendam ko..hihihi..

    ReplyDelete

Komen murni murni je yer..muchoo..