Hmmm..baru-baru ni
aku telah menjadi tempat meluah perasaan seorang kawan aku ni. Kisah rumah
tangga dan biasalah yang sinonim kalau permasaalahan rumahtangga ni tak lain
tak bukan bila suami mula menunjukkan sikap-sikap dingin dan ‘panas’ bila
berada kat rumah. Sebenarnya perkara ni dah terlalu meluas sampaikan dalam tv
pun boleh menjadi tajuk utama pabila melibat kan artis.
Kawan aku ni bukan
nya artis pun cuma penjawat awam yang beruniform je. Kalau dilihat dari segi fizikal aku
memang tak percaya yang sebenarnya dia ni memiliki hati dan jiwa yang sangat
lembut serta penyabar. Maybe kalau aku kat tempat dia aku tak boleh setabah tu
kot. Betul lah kata pepatah jangan menilai seseorang melalui ciri-ciri
fizikal. Selami dan fahami barulah kita boleh membuat penilaian.
Bukan niat aku
untuk menjadikan cerita dia sebagai satu hal untuk dihebohkan atau disensasikan
cuma sekadar member pandangan ataupun mendapatkan pendapat sebab aku ni bukan
pakar motivasi untuk member inasihat apatah lagi bermotivasi.
Berkahwin sudah
hampir sepuluh tahun dan sudahpun dikurniakan zuriat seramai 3 orang. Tempoh
perkenalan yang singkat terus diakhiri dengan perkahwinan rupanya telah
menguraikan cerita dan perilaku sebenar sang suaminya ni. Walaupun begitu kawan
aku ni tetap bersabar demi perasaan kasih dan sayang yang sangat mendalam pada
suami. Segala kemahuan dituruti dan dipenuhi walaupun kalau secara logiknya
kewajipan itu haruslah dilaksanakan oleh seorang suami.
Hari berganti hari
tahun berganti tahun harapan agar sikap suaminya berubah hanyalah tinggal
harapan malah keadaan makin bertukar teruk apabila suami mula banyak helah
untuk tidak berada di rumah dengan alasan ker.ja Sesungguhnya alasan itu memang
tak boleh dipakai sebab jawatan yang disandang oleh suami itu adalah sama
dengan jawatan isteri jadi tak banyak perbezaan pun. Paling lewat sepatutnya
sudah boleh berada di rumah pada jam 6 petang memandangkan jarak antara rumah
dengan pejabat sangatlah dekat.
Tapi kawan aku ni
masih bersabar tetapi kesabaran makin hilang bila banyak cerita-cerita yang tak
sedap didengar yang dikaitkan dengan perempuan lain telah menerjah ke telinga
kawan aku ni. Ada sumber yang sering melihat suaminya bersama seorang perempuan
lain di pusat membeli-belah terkemuka dalam keadaan yang sangat mesra sedangkan
kalau dengan isteri sendiri tidak pernah sama sekali untuk keluar bersama
apatah lagi bersikap romantic sampaikan satu tahap apabila kawan aku ni nak
duduk dekat bersebelahan(kat rumah) pun dimarahinya. Apakah????
Denganlinangan airmata, kawan aku ni bercerita lagi di mana pernah satu hari dia terjumpa resit kelab
dan alat-alat yang mencurigakan seolah-olah telah terjadinya satu perbuatan
terkutuk yang haram selain dari isterinya yang sah. Aduh.. sedihnya hati aku
bila mendengar tapi yang mampu aku buat hanyalah mendengar dengan penuh
perasaan.
Bila ditanya tiada
jawapan yang diperolehi kerana suaminya terus keluar rumah dan mungkin 2 3 hari
baru balik dan meninggalkan kawan aku ni dalam keadaan tertekan, marah dan
sedih. Sampai hati suami dia kan???
Apa lagi yang dia
mahu sebenarnya, untuk menarik minat suami, bila berada kat rumah kawan aku ni
sedaya upaya untuk tidak kelihatan selekeh, apa yang disukai suaminya
dipakainya dan segala urusan anak dan keperluan rumah dilengkapinya.
Kadang-kadang dia rasa seronok bila melihat kawan-kawan lain yang bahagia
dengan suami sedangkan dia?? Hanya mampu berasa ceria dan gembira bila berada
di pejabat dan bila di rumah?? Tuhan je yang tahu.
Demi anak-anak
seboleh-bolehnya disorok perasaan sedih dan masalah dia dan suami dan tiap kali
anak bertanya mana ayah dan setiap kali itu jugalah di bagi alasan kerja dan
dalam hati betapa sedihnya melihat wajah anak-anak yang tidak berdosa itu.
Kalau mereka tahu apa agaknya perasaan diarang. Tak sayang ke ayah pada mereka
lagi? Untuk mengelak daripada ditanya soalan sebegitu lebih baik dirahsiakan
segala-galanya.
Pernah jugak kawan
aku ni terfikir untuk mengakhiri segala penderitaan dia dengan memutuskan
hubungan suami isteri dengan cara yang sah. Tapi setiap kali disuarakan pada
suaminya hanya satu soalan yang di tanya oleh dia ‘berapa banyak u nak’??
wahhh...betapa egonya tapi selepas tu tanpa bercakap apa-apa terus dia keluar
dan untuk sekian kalinya ditinggalkan kawan aku ni dalam keadaan tergantung tak
bertali.
Hanya satu soalan
je yang mampu aku tanya kan pada kawan aku ni, sampai bila nak bertahan???? Aku
faham sejahat-jahat suami tapi dengan satu pujukan, seorang isteri akan
melupakan segala kesakitan dan penderitaan yang dilakukan suami itu. Itu
menunjukkan betapa kuatnya kasih seorang isteri kepada seorang suami dan aku
tak pasti samada suami pun berperasaan begitu kepada seorang isteri.
Dalam situasi ni
memang aku tak dapat cari sebab kenapa boleh terjadi hal sebegini dan sekalipun
kalau aku terlibat dalam hal di mana kalau aku berkawan dengan suami orang akan
aku pastikan hubungan itu sekadar hubungan untuk suka-suka dan tidak sama
sekali aku akan meruntuhkan atau memutuskan hubungan mereka. Tapi biasalah
siapa boleh terima kalau tahu suami ada hubungan dengan perempuan lain. Hihihihi.
Kesimpulan yang
boleh aku rumuskan. Apabila seorang lelaki yang sentiasa merasakan dirinya muda
dan sentiasa sihat akan sering tidak puas atau ego dengan apa yang dia ada tapi
satu hari nanti apabila semua yang dimiliki ditarik satu persatu oleh yang maha
berkuasa maka barulah keinsafan atau penyesalan akan timbul dan pada ketika itu
dia masih bernasib baik jika isteri nya masih berada disisinya tetapi jika
tidak, itulah pembalasan yang dia harus tanggung untuk segala penderitaan yang
telah dia buat pada seorang perempuan yang bergelar isteri.
Sekian.
Sekian.
No comments:
Post a Comment
Komen murni murni je yer..muchoo..