Mr.Tabung

Tuesday, June 26, 2012

Nia oo nia...


Ni perihal anak aku yang sorang ni, untuk pengetahuan semua umur dia dah 1 tahun 9 bulan, 15.8.2012 ni genap lah umur 2 tahun. Rambut dah banyak, gigi dah nak hampir penuh, mulut dia pulak tak henti-henti bercakap, pot pet pot pet (wlaupun byk yg aku tak faham) pantang tengok iklan kat tv, habis ditiru nya. Berjalan berlari memang dah lepas lesen P, naik tangga pun dah lepas ke puncak. Kesimpulanya, semua dah berubah mengikut umur lah. Mamy poko pun dah ke size XL.

Cuma satu je yang tak berubah-ubah, susu formula  yang dia minum. Bukan aku nak ubah jenis susu tapi step yang sepatutnya dia dah kena minum. Ok begini cerita nya (hihihi):-

Sejak hari dia dilahirkan aku dah bagi dia minum susu Enfalac A+  iaitu Langkah 1 (selain susu badan) sampai lah umur dia setahun. Bila dah masuk setahun aku tukarkan pulak ke Enfapro A+ iaitu langkah 2 di mana sepatutnya sampai 18 bulan je. Akan tetapi, sehingga sekarang umur dia dah pun 21 bulan masih lagi minum susu yang step 2 ni. Sepatutnya dia dah ditukarkan ke Enfagrow A+ iaitu Langkah 3 yang mempunyai 3 jenis perasa ; madu ; vanilla ; original . Aku dah pernah beli ke tiga-tiga jenis perasa ni, kot-kot dia boleh pilih yang mana dia rasa sedap tapi malangnya, ketiga-tiganya di reject hanya dengan setengah sedut je.

Untuk tidak mencapai tahap membazir, aku campur kan susu-susu yang di reject ni dengan teh daddy dia. hahahahahaha. lama-lama habis jugak 3 kotak tu. Patutllah membesar dengan sihat daddy nia yer. hihihihi. Ok, memanglah tak membahayakan kesihatan pun kalau dia terus menerus minum susu Langkah 2 tu je, cuma aku nak lah dia merasai perbezaan susu-susu mengikut langkah yang sepatutnya. Perasa susu yang dia minum sekarang tu macam lemak-lemak je tak manis pun (aku dah rasa) manakala kalau yang Langkah 3 tu adalah jugak manis nya, lagi sedap (ikut tekak aku lah). Dan mungkin jugak yang Langkah 3 tu ada ditambah ramuan-ramuan yang bersesuaian dengan umur (kot lah).

Aku pun pernah cuba trial pack susu ANMUM baru-baru ni dengan harapan mungkin lain jenama dia lagi nak tapi ternyata harapan ku kuciwa juga dan daddy dia pun cakap, biarlah..kita ikut kan je selera dia. hmmmm....yang merisaukan aku jangan sampai nanti sepatutnya dah kena minum Enfakid A+ untuk Langkah 4 tapi dia masih dengan Enfapro A+ Langkah 2 dia tu je sudah lah. Ikut suka selera ko lah nak yer...nanti kalau dah jemu bitau kat mummy ko ni yg dah tak sabar-sabar nak beli step 3 tu.

Untuk susu yang berjenama Enfa ni bagi aku memang sesuai dengan anak aku setakat ini dan masa mengandung pun aku dah start minum Enfamama dan alhamdullilah setakat ni takde lagi perkara-perkara yg tidak diingini sepanjang dia minum susu jenis ni.


 




perasa yg original

vanilla

honey madu



Susah jugak kalau anak ni dah pandai ikut selera tekak dia sendiri..kalau paksa pun takde guna, dia jugak yg menang. Agak-agak aku masa baya umur anak aku ni macam ni ke? Aku rasa macam tak kot.erk??


No comments:

Post a Comment

Komen murni murni je yer..muchoo..