Mr.Tabung

Friday, June 8, 2012

Dalam hati ada taman..


Friday im in love...

Motif nak in-love hari Jumaat je??? Bukan make-love? Upsssss....!! (utk org yg sudah nikah je yer).

Oleh kerana hari ini adalah hari Jumaat, jadi aku nak membuat perkara-perkara yang lebih kepada kerohanian sahaja. Contoh ; taknak mengumpat; taknak bergosip; taknak menggunakan bahasa-bahasa kesat dan mengawal emosi marah (kerohanian ke ni?)

Walaupun harini ada sikit perkara yang telah meng-spoile kan mood aku di pagi hari, aku tetap akan cuba mengawal emosi aku ni sebaik mungkin. Sabar ye linda..sabar..sila bayangkan sesuatu yang menenangkan, nak bayangkan apa ek yang bisa menenangkan...hmmmmmmmm...haaaaa!!!! bayangkan BUNGA. Erk?? Sejak bila pulak aku suka pada bunga nih??? Takpelah aku cuba bayangkan bunga. Bunga apa???? Aku cuma sukakan satu jenis bunga je dalam banyak-banyak jenis bunga yang wujud kat dunia ni, iaitu bunga matahari. sweetkan?? Tapi tak pernah pulak aku dapat sejambak bunga matahari ni, kalau rose tu adalah. Siapa yang bagi tu ek?? ok, dah lupa pulak nama si pemberi tu.


wahhhh....terujanya.....
nak buat camni kat tepi rumah aku tu....hebat tak???
Mentang-mentanglah jugak kat Putrajaya sekarang ni tengah ada pesta bunga, semua nak jadi mat dan minah bunga. Eh, kalau bunga banyak-banyak tak ada lebah ke? Bukan ke lebah suka hisap madu? atau bunga dah takde madu? uhuhuhu. Tapi macam biasalah kalau apa-apa yang berkaitan dengan bunga ni tak kiralah pesta bunga ke, sale bunga ke, aku memang tak berapa tertarik sangat walaupun dalam hati ada taman.hahahahaha.

Sebenarnya aku pernah mencuba menyemai cinta eh silap menyemai benih bunga matahari ni kat tepi rumah aku tetapi malangnya digali semula oleh rabbit-rabbit aku tanpa disuruh, hancur mulus hati ku remuk dan redam. Dahlah aku ni kategori yang tersangat 'rajin' dalam bercucuk tanam ni. Kalau tak percaya, aku telah pun ada mini hutan simpan kat tepi rumah aku.ihiiiiii. Sungguh subur dan kehijauan. Banyak oksigen lah kiranya.

Oleh kerana dek kerajinan aku jugak, dengan gigihnya aku telah mengupah sorang brother ni untuk memesinkan rumput-rumput yang segar bugar di mini hutan simpan aku tu. Kalau sempat aku tangkap gambo yer. Bolehlah korang nak memuji aku nanti. Tapi aku takut bro tu nak kenakan bayaran pulak sebab dia dijadikan model yang sedang memesin rumput. hahahahahaha.

Bersempena hari Jumaat yang mulia ini juga, selain daaripada citer bunga matahari aku ni, aku juga ada keinginan untuk pergi melancong ke satu tempat yang bagi aku sangat 'tenang' dan mencabar rohani dan jasmani. Nak tahu tak tempat apa?? Nak pergi ke? Jom join aku beramai-ramai. Sebelum tu meh aku tepetkan sikit gambo tempat yang aku maksudkan tu. pic credit to forumer.





Tadaa...
agak-agaklah kan, berat aku ni mampu ke menampung tebing gunung tu??

tangkap gambo jangan tak tangkap..

cermin tu kalu gajah pijak runtuh tak???errr....
Amacam??? ada beran??? sesaper yang nak mencuba samada mempunyai penyakit gayat atau tidak, moh ler kiter pergi beramai-ramai ke negeri china...Tempat ni pun segar je kan walaupun takde bunga. Sejuk dan nyaman dan sangat sesuai untuk menenangkan jiwa.



No comments:

Post a Comment

Komen murni murni je yer..muchoo..