Mr.Tabung

Tuesday, June 19, 2012

andai aku pandai menyanyi..lalalala..






Puteri Sha...wahhhh..sesuai ker?

Hahahaha..sekali sekala berangan bukan nya salah. Apahal lah pulak tiba-tiba aku berangan nak jadi puteri ni? Ni mesti kes Puteri Caroline menang Mentor ni. Tuah ayam kat kaki, tuah manusia? Tu lah contohnya. Tup tup dapat rezeki RM 100 k. Fuhh, bertuah sungguh.

Tuah aku pulak? Mestilah cabutan bertuah pun jarang aku dapat. Mesti ada orang boikot aku ni, tu yang tak terpilih nombor aku setiap kali ada cabutan bertuah. hihihi. Walaupun aku rasa aku ni ada bakat dalam bidang nyanyian (muntah berjemaah) tapi untuk mencuba menyertai program-program realiti ni memang-memang aku gerun. Salah satu sebabnya aku tak konpiden bila menerima kritikan, mesti terus down atau putus asa.

Dalam erti kata lain, tak konpiden lah kan. Faktor umur dah satu hal, pastu nak berdepan dengan penonton dan juri lagi satu hal. Nampak gayanya aku kuburkan jelah bakat terpendam aku tu. Habis kuat aku hiburkan jelah kawan aku iaitu pn.cujen the lejen yang sentiasa sudi mendengar aku menyanyi kat bilik karoke. (dalam hati dia apalah agaknya dia cakap ek) hihihi.

Dan sekarang ni pulak aku tengah sibuk nak ber-bisnes tapi bisnes apa tak tahu pulak aku apa nak dijual nya. Setakat harini aku tak pernah pun ber-bisnes tapi bila melihat cara aku memajukan hasil jualan dari internet tu, terpanggil pulak aku nak join atau buat bisnes melalui internet. Dari segi pandangan aku, bisnes baju, tudung sangatlah menguntungkan untuk masa sekarang ni. Di samping aku dapat keuntungan bolehlah aku berbelanja untuk diri aku sendiri jugak.huhuhu.

Sebenarnya dah lama aku bercita-cita nak buat bisnes ni tapi tak pernah aku mula kan pun. Cita-cita je lebih. Ada tak sesaper yang nak meng-rekomenkan aku atau meng-syorkan idea tentang bisnes apa yang bagus? Dipersilakanlah yer bagi cadangan, terima kasih aku ucap kan.

Ni antara cadangan-cadangan jenis bisnes yang telah aku fikirkan ;

  • baju untuk orang dewasa
  • baju untuk kanak-kanak
  • tudung
  • aksesori wanita




Setakat tu je mampu aku fikirkan, so yang kosong lagi tu bolehlah diisi bila ada idea nanti. Jadi, untuk menaikkan semangat aku untuk melebarkan sayap ke bidang bisnes (chewahhh) aku akan sentiasa tengok gambar 'mentor' aku kat bawah ni, barulah sentiasa berkobar-kobar, betul tak???

 


kalaulah ni memang real punya gambar yang aku amik kat rumah aku, nescaya aku kelilingkan pagar elektrik rumah aku tu..huhuhu.

Strategi harus di mantapkan supaya cita-cita tercapai dan terlaksana. Walaupun dah banyak kali aku buat strategi cuma tak terlaksana je. hikhikhik. Yang penting niat sentiasa ada. chayukkkkk!!!!


No comments:

Post a Comment

Komen murni murni je yer..muchoo..